Bagaimana nak design Landing Page yang menjual?

0
12
landing page

 

” NSAMCWADLP ” 

 

Pernah tak anda dengar perkataan ni? Mesti tak pernah kan? Nak sebutnya saja dah terbelit lidah. Maksudnya adalah Never Start A Marketing Campaign Without A Dedicated Landing Page.

 

Ya, untuk membuat internet marketing, selain daripada media sosial, ada 1 cara lain yang lebih berkesan yakni membina Landing Page. Sesetengah orang memanggilnya sebagai Sell Page. Sebabnya adalah website ini dibina khas untuk mempromosikan satu2 produk atau servis kita.

 

Jadi senang cerita, Landing Page ini WAJIB tidak ada perkara yang bersangkut paut dengan perkara lain yang boleh menjejaskan emosi pembeli seperti gangguan komen kawan, gangguan komen orang dan sebagainya.

 

URL @ DOMAIN

Sebelum apa2, mcm biasa, website anda kena punya URL @  Domain yang menarik untuk prospek ingat dan ianya memainkan emosi. Gunakan domain sendiri pada tiap2 marketing campaign jika anda mahu yakinkan prospek. Jika anda nak mudah, maka gunakan subdomain atau multisite.

 

LOGO

Wajib letak! Jgn ingat bila buat marketing campaign, anda hanya letak logo company. Itu silap besar sbb setiap produk atau servis sepatutnya ada logo untuk menunjukkan USP. Cuba lihat pada company besar seperti Smith’s Snackfood, mereka buat logo pada setiap snek ringan yang dihasilkan seperti Walla Walla, Boritos, Twities, dan lain2. So… dah dapat apa yang Chegu nak sampaikan? Yes…. Kena letak logo untuk branding.

 

NO MENUS

Jgn sesekali letak Menu. Ini Kesilapan usahawan hatta web designer sekalipun. Sebab itu penting Web Designer kena ada ilmu Marketing. Jgn letak menu sebab kita nak fokuskan pembeli untuk membeli produk kita betul? Kalau ada menu, sama la macam kita menjual kat Media Sosial. Gangguan banyak.

 

HEADLINES

Jika anda mampu menarik prospek menjadi pembeli, anda sangat perlukan Headline dalam Digital Marketing sekarang ini. Mentor Chegu ajar, buat 70 Headline yg beremosi tinggi untuk setiap satu marketing campaign. Jangan buat Headline acah2 Cute pulak.F.A.B

Tekankan Features / Advantage / Benefits dalam Landing Page anda. Apa sabun FAB produk anda? Ingat, pembeli beli produk anda bukan murah in the first place. Tapi mereka membeli sebab adakah produk @ servis anda menyelesaikan masalah mereka? Jika Kelas Design, Kami membantu usahawan membina website yang menjual, meningkatkan 300% – 500% sales mereka dalam masa singkat, insyaAllah kalau ikut jer apa yang Chegu ajar.

 

GAMBAR & VIDEO

67% orang membeli sebab dia tengok gambar. Sebab wujudnya manusia yang bersifat Visual. Orang yg suka tgk gambar @ video berbanding membaca. Kalau dia nk baca, dia mesti kena tgk gambar. Kalau tak apa yang dia baca tu memang tak masuk dalam kepala. So letak gambar & Video

 

CTA

Means Call To Action. Lepas dia Tengok FAB, Gambar produk anda.. inilah masanya anda beritahu dia yang mereka perlu buat bayaran Sekarang! Sediakan Sistem Pembayaran yang mudah, pantas, tak menyusahkan seperti BillPlz. Sudah bertahun kami menggunakan servis ini untuk seminar2 dan lain2 sebab BillPlz menerima most of bank dalam Malaysia dan luar negara. Sgt mudah.

 

CUBA

Lepas dah siap apa semua bagai, JANGAN LUPA UNTUK MENCUBA LANDING PAGE ANDA. Jgn ingat dah siap, anda boleh terus blast. Tidak… ada beberapa step lain yang perlu anda buat untuk anda promote landing page anda. Kita panggil sebagai Integrated Marketing.

 

 

Boleh2? Banyak lagi Chegu nak share ni… Kita jumpa pada posting akan datang yerr…

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here